Wednesday, February 3, 2010


Daniel Streich, ahli politik Swiss yang terkenal kerana menentang Islam khususnya pada pembinaan masjid di negaranya, tanpa diduga memeluk Islam. Beliau adalah ahli politik yang pertama membangkitkan isu melarang penyampaian khutbah di masjid-masjid bahkan sehingga mencadangkan supaya masjid-masjid ditutup. Beliau berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Selain itu, beliau sering membuat propaganda anti gerakan Islam keseluruh kawasan dengan menimbulkan api kemarahan dan celaan ke atas umat Islam di negara itu.

Namun hidayah Allah mengkehendaki segalanya, beliau telah dipilih Allah sebagai seorang Muslim. Tanpa disangka-sangka, pemikirannya yang begitu anti kepada Islam akhirnya membawanya begitu hampir kepada agama ini dan apa yang lebih menarik, beliau kini berkeinginan untuk membangunkan masjid yang paling cantik di Eropah dan Swiss. Walaupun pada ketika ini sudah tersedia empat buah masjid di Swiss, Streich tetap mahu membuat masjid yang kelima semata-mata mahu mencari pengampunan akibat dari sikapnya terhadap Islam suatu masa dahulu.

Presiden OPI, Abdul Majid Aldai yang berkhidmat untuk kebajikan Muslim di sana menyatakan bahawa, orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui Islam. Ada yang ingin mengetahui hubungan antara keganasan dengan Islam seperti Streich. Apa yang didapati ianya bersalahan antara satu sama lain dan Streich akhirnya mula mengkaji al-Quran dan memahami Islam.

Streich merupakan salah seorang anggota penting Parti Rakyat Swiss dan kedudukannya penting di dalam menentukan hala tuju parti. Dilahirkan di dalam agama Kristian, Streich melakukan kajian yang mendalam terhadap Islam semata-mata mahu memfitnah Islam namun pada persepsinya agama ini ada pada dirinya. Akhirnya beliau beralih kepada anti pemikirannya dan kegiatan politiknya dan setelah itu memeluk Islam. Keadaan ini membuat beliau dikecam dan dituduh sebagai syaitan oleh Parti Rakyat Swiss yang dianggotainya itu.

Jika dahulu beliau sering meluangkan masa untuk membaca Bible dan ke gereja, kini beliau membaca al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Beliau sendiri telah membatalkan keahliannya di dalam parti politik dan membuat kenyataan di khayalak ramai akan keislamanya. Streich mengatakan bahwa ia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat ia temukan dalam agama sebelumnya. (sumber)

(p/s : kebanyakan golongan yang anti Islam di Eropah kembali kepada Islam, terbalik pula dengan masyarakat kita khususnya Melayu yang sibuk-sibuk mahu meninggalkan Islam. Alangkah bodoh dan ruginya..)

No comments:

Post a Comment