Friday, February 19, 2010

Sebatan cara Islam dan SIS

Assalamualaikum wbt….


Heboh di seantero dunia (sebenarnye kat Malaysia je) memperkatakan mengenai isu sebat ini. Bermula dr isu bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33 yang dikenakan hukuman sebat. Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Namun sehingga sekarang hukuman sebat ke atas Kartika belum dijatuhkan walaupun beliau menyatakn kesedian untuk menerima hukuman.

Seterusnya, Buat pertama kali di Malaysia, tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang, kata Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Saya ingin menjelaskan kepada sahabat2 bahawa hukuman sebat dapat dibahagikan kepada 2 iaitu sivil dan syariah yang berbeza sama sekali dari segi perlaksanaannya.


PERBEZAAN HUKUMAN SEBAT CARA ISLAM DENGAN CARA SIVIL DI MALAYSIA.

SEBAT CARA ISLAM
1-Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm.
2-Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3-Sebatan tidak boleh kena muka, kepala,perut,dada atau bahagian sulit.
4-Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5-Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6-Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7-Tidak melukakan kulit pesalah.



SEBAT CARA SIVIL
1-Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz
2-Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3-Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4-Bahagian daging punggung akan tededah untuk disebat.
5-Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikatkan kedua kaki dan tangan.
6-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7-Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8-Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum islam dibawah seksyen 136 enakmen pentadbiran agama islam dan adat resam melayu pahang 1985 dan boleh dihukum dibawah seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum islam sebenarnya.


Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan didalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum islam, kerana mengikut islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya menutup aurat.

Alatan sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana , antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehinggan menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh mencederakan dan sebatan dilakukan dibeberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.


Sehingga kini, hukuman ke atas Kartika, model yang mengaku salah meminum arak dan dijatuhkan hukuman 6 kali sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang, masih belum dilaksanakan. Kartika yang mengaku telah insaf dan redha disebat masih tidak berganjak dari pendiriannya.

Namun ada pihak lain yang ingin membela nasib Kartika kerana hukuman sebat tersebut yang dikatakan zalim ke atas wanita. Siapa lagi kalau bukan Sisters in Islam (SIS) dan sekutu-sekutu mereka dari aliran liberalisme? Dari mula kes ini diputuskan lagi, SIS telah berkokok di sana sini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah hingga mereka akhirnya memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah penggantungan atau pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika.

Tidak cukup dengan itu, satu perisytiharan bersama telah dikeluarkan oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada SIS, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC); Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM).

Dari kenyataan bersama ini, tidak ada lain yang terzahir darinya kecuali wajah hodoh SIS dan golongan liberal yang semakin terselak dengan menampakkan segala kudis dan kurapnya. Dalam menangani isu Kartika ini, sebagai Muslim kita hendaklah sedar bahawa hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah bukanlah hukum Islam.

Sememangnya tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan keputusan mahkamah tersebut kerana mahkamah telah jelas-jelas menjatuhkan hukuman sekular berdasarkan enakmen syariah negeri Pahang yang tunduk kepada Perlembagaan Persekutuan. Kedua-duanya merupakan undang-undang buatan manusia yang bercanggah seratus peratus dengan Al-Quran dan Sunnah.

Kejahilan dan kekeliruan SIS adalah apabila mereka menganggap bahawa hukuman 6 sebatan itu sebagai hukuman syariah. Ini jelas dari kenyataan mereka yang berbunyi, “Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia - terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah”.

Dari kenyataan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa SIS bukan sahaja menolak hukuman 6 sebatan, malah mereka menolak hukum syariah dan mereka lebih rela berhukum dengan hukum taghut buatan manusia di bawah Kanun Acara Jenayah!

Firman Allah SWT, “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Kita semua maklum bahawa hukuman ‘sebat’ (dengan jumlah yang betul) adalah sebahagian dari hudud Allah, namun kita menyaksikan betapa jahil, angkuh dan sombongnya SIS yang langsung tidak mahu hukuman sebat dan hukuman syariah dijatuhkan ke atas wanita. Jika dengan hukuman 6 sebatan tersebut SIS telah pun meracau dan merapu tak tentu hala, apatah lagi jika hukuman Islam sebenar (yakni) 40 atau 80 kali sebatan dijatuhkan? Tentunya SIS akan semakin dirasuk syaitan. Alangkah

beraninya SIS menolak hukum Allah!

Di manakah SIS letakkan Al-Quran dan al-Hadis? Butakah SIS bahawa perbuatan meminum minutan syaitan itu sendiri adalah suatu yang tidak bermaruah menurut Islam? ‘Perbuatan’ terkutuk itu tidak pula dipersoalkan oleh SIS (dari segi bermaruah atau tidak), sebaliknya ‘hukuman’ ke atas peminumnya pula yang dipersoalkan. Tidakkah SIS perñah mendengar sepanjang hidup mereka bahawa Allah SWT berfirman,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itu hádala orang-orang yang zalim.” [TMQ al-Ma’idah (5):45]?

Jadi, siapakah pihak yang kejam di sini? Orang yang ingin berhukum dengan hukum Allah, atau pihak SIS yang ingin berhukum dengan hukum hak asasi manusia antarabangsa? SIS menganggap hukuman sebat sebagai mencabul hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan. Inilah pendapat SIS yang ‘sefikrah’ dengan orang-orang kafir dalam perjuangan hak asasi manusia. Anehnya SIS tidak pula mempertikaikan atau memperjuangkan penghapusan sebat yang telah lama wujud dalam kes sivil, yang jauh lebih kejam cara pelaksanaannya. Namun, bila hukuman tersebut ada ‘unsur syariah’, maka SIS terus mempertikaikannya. Hati SIS nampaknya benar-benar telah tertutup dari memahami ayat-ayat Allah,

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan; dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [TMQ an-Nur (24):2].

Betapa jauhnya SIS dan sekutu-sekutunya terpesong dari kebenaran. Alangkah sesatnya cara berfikir golongan liberal ini yang menjadikan pemikiran kufur Barat sebagai sandaran hukum dengan mengenepikan nas-nas sahih dari Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya golongan inilah yang disayangi dan dimuliakan oleh Barat, dan menjadi agen mereka dalam usaha mereka untuk menghancurkan Islam.

No comments:

Post a Comment